saya baru sahaja balik dari kursus Biro Tatanegara. sebelum pergi saya memikirkan pelbagai masalah dan kekangan. setelah samapi dan berada di sana selama 5hari, saya mula berfikir bahawa syukurnya saya menjadi rakyat malaysia yang aman, damai, tenteram, makmur dan kaya dengan hasil bumi nya. budaya dan adat yang terlalu indah untuk dikenang dan dihebahkan. saya anak malaysia.
kalaulah saya bukan tinggal di Malaysia, adakah keadaan saya sebaik ini. jika saya bukan rakyat malaysia, adakah saya dapat hidup semewah ini. andaikata saya bukan warganegara malaysia di mana tempat untuk saya mengemabngkan biznes saya ini. aku bersyukur tuhan. syukur dengan segala nikmatmu yang melimpah ruah ini.
aku kini lahir sebagai rakyat malaysia yang baru. yang lebih menghargai dan bersyukur dengan keadaan sekeliling aku. biznes aku, alhamdulillah, terus berjalan dan bergerak. sesungguhnya kekayaan ini menjadikan aku manusia yang lebih baik pada keluarga, agama, bangsa dan negara aku. aku anak malaysia. bumi tuhan yang sangat barakah.
aku nak ajak semua anak muda melayu supaya dapat menyumbang sesuatu buat negara yang tercinta ini. aku nak ajak semua anak muda melayu lawati blog aku ini dan mencetuskan sesuatu perubahan dalam diri mereka untuk kebaikan diri mereka.
syukur tuhan dengan segala kurniaan dan nikmatmu ini. aku bersyukur tuhan. aku bangga aku anak malaysia. aku bangga akau anak melayu. aku bangga dengan segala budaya dan adat bangsa dan negara aku.
aku anak malaysia!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan